Egokah aku ?
Aku tahu semua tu dah berlalu.
Tapi aku taktahu kenapa susah benar nak terima.
Egokah aku ?
Bila apa yang dia katakan semua aku taknak terima.
Bila dia minta maaf juga hatiku seperti berat untuk memafkan.
Egokah aku ?
Bila aku dalam kesusahan dan ingin meminta tolong dia, tanganku, mulutku, hatiku seperti kaku untuk meluahkan.
Egokah aku ?
Apabila mereka menyuruhku untuk mengalah, aku tetap taknak terima.
Kerana bagiku, aku adalah mangsa.
Walaupun aku terlibat secara tidak langsung tapi aku mangsa.
Egokah aku ?
Kerana asyik memikirkan yang aku ni mangsa keadaan.
Bila ayah kata, mengalah tapi hatiku tetap tak dapat nak buat.
Egokah aku ?
Sehingga bila bertentang mata dengan dia pun tetap aku masih diam kaku terkunci mulut ni.
Egokah aku ?
Hhmm .