Assalamualaikum
Bismillahhirrahmanirrahim


Ketua ke ?

Sejak start internship banyak aku belajar . Perkara yang aku tak dapat belajar masa dalam kelas , masa kerjalah aku belajar .
Salah satunya , OBSERVE .
Bukan nak burukkan sesiapa tapi kelemahan tu yang aku nampak pada dia .
Tahap takut dengan orang bawah dan orang atas sampai menyusahkan orang lain .
Bila dah ada orang yang biasa kerja dengan dia , aku dilupakan .
Ye kau ajar aku untuk observe tapi jangan kau lupa aku juga observe cara kau .
Aku baru nak belajar selok belok kerja tapi kau seolah olah mematikan hasrat aku tu .
Kau nak ajar aku macam macam tapi kau terlalu sibuk menjaga diri kau sendiri sehingga lupa kau juga ada budak yang baru nak menapak dalam dunia ni .
Aku mahu ke tempat lain kau tak bagi .
Kau tanya pulak orang bawah kau .
Sape ketua sebenarnya ?

Aku diamkan je sebab aku tahu aku ni cuma pelatih dan kau adalah ketua aku .
Aku tahu apa rasanya bila anak buah melangkah ketua tapi kau pun macam menginginkan perkara tu jadi .

Malas nak cakap banyak . Aku tetap observe kau .