Dalam hidup, pelbagai dugaan dan cubaan yang perlu ditempuhi.
Tetapi itu semua terpulang kepada kita samaada kuat atau tidak untuk menempuhnya.
Kau tidak boleh kata "aku lalui macam macam dan kau takde di tempat aku, kau tidak tahu". Setiap orang ada ujian masing masing.
Tapi dalam masa yang sama kita juga mempunyai pilihan.
Ada hati ada akal ada pelajaran juga ada agama.
Yang baik sudah tentu perlu diikuti tapi yang tidak baik haruslah dijauhkan.
Tetapi jika sesuatu menimpa kita saat kita sedang melakukan perkara yang tidak baik itu, kita perlulah berani untuk menanggung apa jua yang akan berlaku.
Berani buat berani tanggung.
Sanggup biarkan orang lain yang menjadi mangsa atas kesalahan yang kita lakukan?
Sanggup biarkan terutama ibubapa dan ahli keluarga terdekat kita menanggung malu atas apa yang kita lakukan?
Sanggup biarkan semua itu berlaku dengan pelbagai tekanan ke atas orang yang bukan sepatutnya dipersalahkan?
Tempias tetap akan terkena kepada orang yang terlibat.
Ibubapa akan salahkan adik beradik, saudara mara akan salahkan ibubap kerana tidak pandai menjaga anak, masyarakat akan memandang serong kepada ibubapa sebab.... pelbagai persoalan muncul.
Tapi yang bersalah, apakah yang dirasai selain rasa bersalah? Lagi mengeruhkan keadaan apabila si pesalah menghilangkan diri. Atau lari dari masalah dengan alasan mencari ketenangan. Itu penyelesaian mereka tapi yang tinggal ini tertekan kerana setiap kali bangun pagi, pelbagai persoalan timbul di benak.
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Ketidakpuasan hati ini hanya boleh diluah melalui tulisan. Jika diluah kepada orang yang sepatutnya, adakah mereka dapat menerima?