Assalamualaikum
Bismillahhirrahmanirrahim


Manusia

Dalam hidup kita senantiasa akan bergantung dengan orang lain.
Tidak kira ibu ayah kakak adik abang pakcik makcik atuk nenek sepupu saudara-mara kawan even stranger.
Sebab mereka mereka ini jugalah yang mengajar kita erti kehidupan. Setiap titik titik kehidupan yang kita hadapi, kepada mereka jugalah kita akan bertanya tentang itu tentang ini.
Dari kita kecik sampai kita tua pun even bila roh dan jasad kita terpisah sekalipun, kita masih mengharapkan orang lain yang melakukan dan bukan diri kita.
Mungkin pada waktu itu baru kita dapat melihat personaliti sebenar seseorang itu.
Ketika itu jugalah kita akan dapat melihat kebaikan seseorang itu dan sejenak kita akan terfikir, kenapa aku tak jadi macam dia dulu? Kenapa aku mesti ada sifat negatif dalam diri aku hati aku dulu?
Pada saat itu jika kita tersedar dari mimpi, kita akan berubah. Tetapi bagaimana pula jika kita tak sedar sehingga habis hayat?
InsyaAllah, Dia akan membantu walau apa cara sekalipun kerana Dia Maha Berkuasa kan :)

Salam maghrib !