Assalamualaikum
Bismillahhirrahmanirrahim


Kejadian 'itu'

Kejadian kapal terbang masih menjadi persoalan. Tetapi proses mencari masih diteruskan. Sebulan sudah masa berlalu tetapi masih tiada berita yang menggembirakan.

Aku tahu, mereka juga tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi demi menjaga hubungan diplomatik, mereka hanya mampu diamkan saja. Dalam hati, hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana.

Para pemimpin berfikir mungkin tidak sama sepertimana rakyat berfikir. Mereka juga rasa terbeban dengan kejadian ini. Jika kita sebagai rakyat ditempat mereka, bagaimana pula?

Yang melakukan perbuatan mungkin tidak layak dipanggil manusia. Kerna hati nurani dan sifat kasih sayang sesama manusia tiada dalam diri. Hanya mereka tahu, mereka ingin berkuasa. Berkuasa di alam maya ini.

Sedih mengenangkan mereka yang menjadi mangsa. Tetapi siapalah kita untuk mencampuri urusan ini? Hanya rakyat biasa dan apa yang kita mampu ialah berdoa berdoa berdoa dan berdoa. Dia tahu dan Dia juga yang merancang. Semoga semua ini akan terbongkar akhirnya.

Al-Fatihah dan takziah kepada yang terlibat.