Assalamualaikum
Bismillahhirrahmanirrahim


Persaingan

Malam malam minggu kebiasaan nya akan makan luar. Bagi yang bujang atau berkeluarga. Sebab tu pun salah satu cara nak luangkan masa bersama keluarga. Ye dak?

Tapi apa yang dilihat di kedai kedai makan yang normally melayu and berderet deret kedai dia, saling bertelagah sesama sendiri, iri hati, dengki dan semua semualah sifat tu.

Bila kita tengok dekat kedai cina pulak, benda tu takde pun. Kalau ada pun jarang sangat. Saya pernah dengar pengalaman orang bahawa dia pergi kedai utk membeli barang. Okay nak senang kedai A & B. Bila pembeli ni nak beli di kedai A tapi barang yang dijual di kedai A tidak elok, si penjual kedai A menolak sekeras keras si pembeli ni dan menunjukkan bahawa di kedai B barang dia lagi elok dan lagi bagus dari apa yang A boleh offer dekat customer. Ini cina.

Tapi apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang? Bukan saling menaikkan tapi saling menjatuhkan. Ada yang sampai taksub sehingga jumpa bomoh sekali bagai. Kenapa? Rezeki kan Allah dah aturkan utk kita, setiap hambanya. Usaha je yang penting.

Kalau macam ni berterusan sampai bila nak maju? Fikirkanlah. Kalau nak berniaga, saing secara sihat.